Surah 86

Surah At-Tariq

سورة الطارق

17 ayat · Makkiyyah

Memorise this surah

Pick the verses and how many times each one repeats. The recitation plays one verse at a time.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

86:1

وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ ﴿١﴾

Demi langit dan "At-Taariq"; -

86:2

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ ﴿٢﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? -

86:3

ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ ﴿٣﴾

(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

86:4

إِن كُلُّ نَفْسٍۢ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌۭ ﴿٤﴾

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

86:5

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ ﴿٥﴾

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

86:6

خُلِقَ مِن مَّآءٍۢ دَافِقٍۢ ﴿٦﴾

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -

86:7

يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ ﴿٧﴾

Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

86:8

إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌۭ ﴿٨﴾

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

86:9

يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ ﴿٩﴾

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),

86:10

فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍۢ وَلَا نَاصِرٍۢ ﴿١٠﴾

Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

86:11

وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ ﴿١١﴾

Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

86:12

وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ ﴿١٢﴾

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

86:13

إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ ﴿١٣﴾

Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

86:14

وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ ﴿١٤﴾

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

86:15

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿١٥﴾

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

86:16

وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿١٦﴾

Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya).

86:17

فَمَهِّلِ ٱلْكَٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿١٧﴾

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.

Jawapan ringkas

Surah At-Tariq ialah surah nombor berapa?
Surah At-Tariq ialah surah nombor 86 dalam Al-Quran.
Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Tariq?
Surah At-Tariq mempunyai 17 ayat.
Di manakah Surah At-Tariq diturunkan?
Sumber data kami mengelaskannya sebagai Makkiyyah. Ulama berbeza pendapat tentang beberapa surah.
Surah apakah sebelum dan selepas Surah At-Tariq?
Surah Al-Buruj berada sebelumnya dan Surah Al-A'la selepasnya.

Sumber: AlQuran Cloud, ms.basmeih. Audio: Islamic Network.

Bantu yang memerlukan

Hantar wang untuk keluarga yang memerlukan. Selepas membayar, hantar tangkapan skrin melalui WhatsApp.

  • SadaPay / NayaPay0303 0468763

Sheraz Ali Shah

WhatsApp 0303 0468763

Butiran penuh

Sokong laman web

Ini untuk kos pengehosan dan pembangunan. Ini bukan zakat atau sedekah.

  • JazzCash0303 0468763
  • Easypaisa0311 7583246
  • Soneri Bank IBANPK09SONE0017620007935979

Sheraz Ali Shah

Butiran penuh