Surah 99

Surah Az-Zalzalah

سورة الزلزلة

8 ayat · Madaniyyah

Memorise this surah

Pick the verses and how many times each one repeats. The recitation plays one verse at a time.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

99:1

إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

99:2

وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ﴿٢﴾

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

99:3

وَقَالَ ٱلْإِنسَٰنُ مَا لَهَا ﴿٣﴾

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

99:4

يَوْمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

99:5

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ﴿٥﴾

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

99:6

يَوْمَئِذٍۢ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًۭا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ ﴿٦﴾

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

99:7

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ﴿٧﴾

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

99:8

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ﴿٨﴾

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Jawapan ringkas

Surah Az-Zalzalah ialah surah nombor berapa?
Surah Az-Zalzalah ialah surah nombor 99 dalam Al-Quran.
Berapakah bilangan ayat dalam Surah Az-Zalzalah?
Surah Az-Zalzalah mempunyai 8 ayat.
Di manakah Surah Az-Zalzalah diturunkan?
Sumber data kami mengelaskannya sebagai Madaniyyah. Ulama berbeza pendapat tentang beberapa surah.
Surah apakah sebelum dan selepas Surah Az-Zalzalah?
Surah Al-Bayyinah berada sebelumnya dan Surah Al-Adiyat selepasnya.

Sumber: AlQuran Cloud, ms.basmeih. Audio: Islamic Network.