Surah 95

Surah At-Tin

سورة التين

8 ayat · Makkiyyah

Memorise this surah

Pick the verses and how many times each one repeats. The recitation plays one verse at a time.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

95:1

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ﴿١﴾

Demi buah Tiin dan Zaitun,

95:2

وَطُورِ سِينِينَ ﴿٢﴾

Dan Gunung Tursina,

95:3

وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ﴿٣﴾

Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

95:4

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ ﴿٤﴾

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

95:5

ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ ﴿٥﴾

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

95:6

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۢ ﴿٦﴾

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

95:7

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ ﴿٧﴾

(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

95:8

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَٰكِمِينَ ﴿٨﴾

Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Jawapan ringkas

Surah At-Tin ialah surah nombor berapa?
Surah At-Tin ialah surah nombor 95 dalam Al-Quran.
Berapakah bilangan ayat dalam Surah At-Tin?
Surah At-Tin mempunyai 8 ayat.
Di manakah Surah At-Tin diturunkan?
Sumber data kami mengelaskannya sebagai Makkiyyah. Ulama berbeza pendapat tentang beberapa surah.
Surah apakah sebelum dan selepas Surah At-Tin?
Surah Ash-Sharh berada sebelumnya dan Surah Al-Alaq selepasnya.

Sumber: AlQuran Cloud, ms.basmeih. Audio: Islamic Network.