Surah 101

Surah Al-Qari'ah

سورة القارعة

11 ayat · Makkiyyah

Memorise this surah

Pick the verses and how many times each one repeats. The recitation plays one verse at a time.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

101:1

ٱلْقَارِعَةُ ﴿١﴾

Hari yang menggemparkan,

101:2

مَا ٱلْقَارِعَةُ ﴿٢﴾

Apa dia hari yang menggemparkan itu?

101:3

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْقَارِعَةُ ﴿٣﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

101:4

يَوْمَ يَكُونُ ٱلنَّاسُ كَٱلْفَرَاشِ ٱلْمَبْثُوثِ ﴿٤﴾

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

101:5

وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ٱلْمَنفُوشِ ﴿٥﴾

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

101:6

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَٰزِينُهُۥ ﴿٦﴾

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

101:7

فَهُوَ فِى عِيشَةٍۢ رَّاضِيَةٍۢ ﴿٧﴾

Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

101:8

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَٰزِينُهُۥ ﴿٨﴾

Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

101:9

فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٌۭ ﴿٩﴾

Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

101:10

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا هِيَهْ ﴿١٠﴾

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

101:11

نَارٌ حَامِيَةٌۢ ﴿١١﴾

(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

Jawapan ringkas

Surah Al-Qari'ah ialah surah nombor berapa?
Surah Al-Qari'ah ialah surah nombor 101 dalam Al-Quran.
Berapakah bilangan ayat dalam Surah Al-Qari'ah?
Surah Al-Qari'ah mempunyai 11 ayat.
Di manakah Surah Al-Qari'ah diturunkan?
Sumber data kami mengelaskannya sebagai Makkiyyah. Ulama berbeza pendapat tentang beberapa surah.
Surah apakah sebelum dan selepas Surah Al-Qari'ah?
Surah Al-Adiyat berada sebelumnya dan Surah At-Takathur selepasnya.

Sumber: AlQuran Cloud, ms.basmeih. Audio: Islamic Network.

Bantu yang memerlukan

Hantar wang untuk keluarga yang memerlukan. Selepas membayar, hantar tangkapan skrin melalui WhatsApp.

  • SadaPay / NayaPay0303 0468763

Sheraz Ali Shah

WhatsApp 0303 0468763

Butiran penuh

Sokong laman web

Ini untuk kos pengehosan dan pembangunan. Ini bukan zakat atau sedekah.

  • JazzCash0303 0468763
  • Easypaisa0311 7583246
  • Soneri Bank IBANPK09SONE0017620007935979

Sheraz Ali Shah

Butiran penuh